Blogger Layouts
WELCOME TO MY BLOG!

enjoy this song

Thursday 8 December 2011

BE STRONG MY FRIENDS :)

assalamualaikum wbt . 
hye korang sume :) . ni first entry aku untuk korang . sepatutnye , bile kate first entry , mesti korang sume pikir aku nak cakap pasal diri aku la kan . tapi tak :) ! kalo ikotkan , aku punye blog ni still under maintenance . ye la , kosong lagi blog ni . tak de edit ape-ape langsung . tapi dalam 2 , 3 ari ni , aku ade pikir pasal ilmu hitam . bende yang aku pikir ni terbawak-bawak sampai ke dalam kelas . so , aku decide nak biarkan jari aku ni menari dangdut kat atas keyboard ni :)


mengikut budaya melayu , ilmu hitam ni dah tak asing lagi dari telinga kita . ilmu hitam ni merujuk kepada ilmu ghaib yang digunakan seseorang untuk menjatuhkan orang lain untuk kepentingan diri sendiri . ilmu ghaib yang dimaksudkan ialah apabila seseorang itu meminta pertolongan jin atau makhluk halus untuk membuat sesuatu .


aku betol-betol tak paham la zaman sekarang ni . kadang-kadang , orang yang mengamalkan ilmu hitam ni , bukan dari kalangan orang yang tak berilmu , tak mengatahui tentang kewujudan ALLAH dan tak tahu mengenai dosa dan pahala . kadang-kadang lebih dari tu diorang tahu . tapi ! kenapa diorang amalkan jugak benda ni ? benda yang syirik ! kenapa pulak mereka nak menjatuhkan orang itu , sedangkan ALLAH telah beri rezeki dan kelebihan masing-masing . ini bagi yang terlalu JELOUS pasal dye dapat untung lebih and so on . tapi, bagaimana pulak yang tidak perbuas hati dan berdendam ? mereka mengatakan orang itu salah dan mereka saje yang betul . kalau anda di pihak yang benar , just pergi dekat orang tu and cakap la ape yang tak puas hati . maybe orang tu akan cuba untuk berubah . jika dia tak nak berubah , ingatlah ALLAH sentiasa ada pada orang yang benar :) jika ditempat yang benar , ALLAH akan tunjuk kebenarannya ! tak payah la mengamalkan ilmu hitam . sesungguhnya orang yang mengamalkan hitam ni adalah berdosa besar . 


Pengamal ilmu hitam yang mendatangkan mudhorat kepada manusia merupakan pelaku jenayah yang wajib dikenakan hukuman qisas atau hudud menurut jenayah yang telah dilakukannya . tengok lah . ni baru di dunia , belum diakhirat . kawan-kawan semua , tengok la sekarang ni , apa yang kita buat di dunia , baik atau buruk ,  ALLAH balas cash ! ingatlah , mungkin orang yang ingin anda jatuhkan itu tak tahu bahawa anda yang buat . tapi ALLAH maha mengetahui ! walau sebesar zarah pon anda membuat kesalahan , ALLAH maha mengetahui . 


" Jauhilah dengki, karena dengki memakan amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar. " - NABI MUHAMMAD S.A.W

sampai sini je jari aku ni menari . jumpa lagi next entry :)

salam sayang , 
kotak :)



0 comments: